Servis di Campsite

aktiviti utama di BB campsite

Aktiviti utama sudah pasti Camping dengan segala fasiliti perkhemahan. Anda digalakkan bawa sendiri equipment perkhemahan dan pasang di BB Campsite. Kami Campsite baru sudah pasti situ sini ada yang tidak perfert. BB Campsite sehingga kini belum lagi berkonsepkan Glampping. Persediaan dibuat untuk Outdoor Camping.

Tapak Khemah

Sehingga kini kereta atau kenderaan anda boleh parking di tepi khemah. Jimat tenaga membawa segala peralatan perkhemahan. Keluasan setiap tempahan akan ditetapkan namun untuk sehingga ditulis di sini kami masih belum tetapkan. Masih bebas memilih keluasan tapak digunakan sebab harga dikira perperson dan bukannya per tapak khemah. Mungkin sepanjang 2025 BB Campsite masih kekalkan kaedah ini untuk keselesaan semua campers.

Harga ditetapkan sebagaimana pamplet

BB Campsite memulakan operasi penuh pada Februari 2025. Harga Special kami tawarkan untuk semua pengunjung ke BB Campsite iaitu RM38.00 untuk satu khemah atau satu tapak bagi 1 hari camping yang melewati harga untuk malam pertama. Apa yang menarik kenderaan dibawa boleh berada di sisi tapak khemah. Jadi campers boleh bawa apa sahaja alatan pekhemahan untuk dipasang di BB Campsite. Harga ini terpakai untuk Camping dalam kumpulan kecil. Manakala tempahan ramai seperti sekolah atau kumpulan melebihi 30 peserta harga boleh dibincangkan.

Perkiraan Harga Camping

BB Campsite menetapkan harga RM38.00 untuk satu khemah bagi kehadiran campers untuk 1 hari hingga melewati 1 malam. Ini bermakna kehadiran anda untuk Camping selama 1 hari atau sekali masuk tetap dikira dengan harga RM38.00 bagi satu khemah atau satu tapak khemah. Harga hari berikutnya dikira selepas melewati jam 12.00 tengah hari. Begitulah perkiraan sewaan tapak untuk hari-hari seterusnya.

Hemork

Pokok-pokok di BB Campsite tidak menjadi masalah untuk dipasang hemork. Kami tidak menyediakan hemork dan kebiasaan hemork yang dibawa camping lebih canggih dan cantik. Anda boleh berkongsi dengan kami cara pemasangan dan penggunaan yang lebih luas. Jika Campers sudah membayar harga tapak khemah ianya meliputi harga memasang hemork.
Namun jika campers hanya datang dengan memasang hemork harga tetap dikira menyewa satu tapak khemah iaitu RM38.00

Mini Ekspedisi Kayak

Jika mahu mengadakan mini ekspedisi anda perlu membuat tempahan. Memulakan perjalanan kayuhan dari Lubuk Gala atau Kawasan jeram belukar bukit dan menamatkan perjalanan ekspedisi di BB Campsite. Sangat sesuai untuk aktiviti 1 jam berkayak. Rasai pengalaman mendayung kayak diarus sedikit deras dan air yang cetek. Kayuhan kayak akan dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah.

Mandi Sungai

BB Campsite sememangnya berada di tepi sungai yang sangat jernih. Menjadi aktiviti keluarga mandi di sini. Airnya cukup bersih, jernih. Air sungai Hulu yang belum bercampur dengan mana-mana sungai memang sangat sesuai untuk mandi. Paras air seperti dalam gambar. Tapi hati-hati sedikit laju.

Orienteering

Aktiviti yang cukup popular bagi team perkhemahan ko kurikulum dari sekolah rendah hingga ke IPT. Aktiviti cukup memberi motivasi dalam membina kecergasan diri serta memahami trip-trip asas pembacaan peta dan kompas.

Tiubing

Semua boleh merasai aktiviti ini. Berendam dalam air yang jernih dan sejuk memang melalui satu pengalaman semulajadi. Dari Air terjun Belukar Bukit sehingga ke Campsite sudah cukup untuk merasai nikmat berhanyut dengan tiub. Kami akan menghantar anda di lokasi permulaan dan penamatnya di BB Campsite. Tempahan awal diperlukan bagi kumpulan yang ingin melakukan aktiviti tiubing.

Hiking Bukit Baru

Trek Hiking kami berhampiran dengan BB Campsite. Laluannya sudah tersedia mampu untuk pergerakan 1 jam hingga ke 3 jam. Guide akan mendahului untuk memastikan perjalanan selamat.

Motorhome & Caravan

Hubunggi kami untuk anda singgah bermalam. Kami menyediakan ruang dan tempat beraktiviti dengan selamat di Belukar Bukit Campsite. Jangan risau tentang harga mesti lebih murah dari motohome atau caravan yang anda gunakan. Ianya dikira harga 1 tapak khemah sahaja.

Tempahan Sekolah Rendah, Menengah & IPT

Kami menyediakan tapak perkhemahan yang selamat untuk program sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.  BB Campsite dengan kerjasama HK Event turut menyediakan aktiviti untuk pelajar sekolah melaksanakan siri-siri perkhemahan sebagaimana dinyatakan di bawah.

Perkhemahan atau Kursus bagi Belia & Dewasa

   Kami BB Campsite menyediakan tapak perkhemahan dan untuk program remaja dan dewasa. Begitu juga dengan program yang dikendalikan. Untuk harga boleh berbincang dengan pihak pengurusan BB Campsite. Semua program kursus sebagaimana dinyatakan dibawah di kendalikan oleh HK Event. BB Campsite hanya menyediakan Infrastruktur sahaja.