Lokasi

Lokasi Aktiviti outdoor

Turut digelar laluan Little Amazon Terengganu. Itulah julukan laluan sungai yang menjadi teman di tebing Belukar Bukit Campsite.

Dari mandi manda di air yang sangat jernih dan sejuk membawa keada aktiviti outdoor yang boleh dilakukan. Antara yang popular di sungai adalah berkayak dan tiubing.

Manakala bahagian atas dihiasi dengan bukit menjadi wadah untuk hiking, orienteering dan aktiviti rekreasi lain berasaskan darat.

Persediaan Untuk Camping

Tapak Belukar Bukit Campsite sudah siap sedia dengan tandas, bilik mandi dan ruang untuk menyalin pakaian. Kami sedang bersedia menyediakan surau dan pondok-pondok untuk keselesaan pengunjung

Segala kemudahan akan disedia bak kata pepatah – pelan-pelan kayuh –

Peraturan asas

Kenderaan perlu parking dilokasi yang disediakan. Namun boleh masuk ke dalam untuk memungah barangan camping.